Kelas Asas Ms Publisher & E-Learning (Logo)

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 17 Januari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Publisher dan E-Learning. Kelas ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas asas Ms Publisher adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguasai penghasilan kulit majalah. Dalam kelas tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan cara memuat turun gambar untuk menghasilkan kulit majalah yang menarik. Para pelajar juga telah didedahkan dengan cara memanfaatkan butang draw text box, margins, orientation, word art dan background. Manakala dalam kelas E-Learning pula, para pelajar telah dijelaskan dengan cara menghasilkan logo secara atas talian.

Kelas ini adalah bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan manfaat lain yang mereka boleh perolehi di atas talian selain menonton Youtube dan melayari laman sosial. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Hendap Siber dan diberikan ceramah tentang Teknologi dan Anda. Kuiz Klik Dengan Bijak juga telah diadakan bagi memastikan para pelajar memahami ceramah yang telah diadakan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB
2. Kuiz Klik Dengan Bijak
3. Pengenalan kepada Ms Publisher
4. Penerangan tentang penggunaan Publisher
5. Latihan penghasilan Kulit Majalah
6. Pengenalan kepada E-Learning (Logo)
7. Latihan menghasilkan logo atas talian
8. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali